Assalamulaikum.. Selamat Petang..
Di sini
ingin ku kongsikan sebuah kisah... sebenarnya banyak kali aku fikirkan tentang
perkara ini. Aku benar-benar tidak mahu membuka aib orang lain. Tapi pabila
kufikirkan kembali, aku benar-benar tak nak apa yang terjadi pada aku, terjadi
kepada orang lain. Cerita ini bermula daripada entahlah nak cakap sebagai helah
atau apa. Aku pernah bekerja disebuah syarikat yang dikenali sebagai “H”, tak
perlu aku maklumkan nama penuhnya. Di situ aku mengenali seseorang yang bernama
“I...”. Dari andaian dan pandangan aku yang pertama adalah dia seorang yang
benar-benar menjaga solatnya, lembut-lembut dan baik orangnya. Dia duduk
bersama mak ciknya di sekitar Bandar Kuantan. Rumah mak cik dan tempat kerja
kami iaitu Syarikat H ini amat dekat, tidak sampai sepuluh minit pun. Malah,
oleh kerana syarikat kami yang mempunyai tempat utuk solat, aku sudah beberapa
kali mengikutinya balik ke rumah mak cik dan menumpang solat. Tapi perkenalan
kami tidak lama. Di atas sebab-sebab tertentu, aku berhenti bekerja dari sana
dan bermula bekerja di syarikat lain yang menawarkan gaji yang lebih baik dan
aku dapat kembali kepada bidang yang aku minati iaitu akaun.
Tetapi beberapa bulan selepas itu, “’I” meminta
aku mengambilnya di rumahnya yang jauhnya hampir 30 minit dari rumahku dan dia
meminta aku menemaninya untuk bertemu seorang lelaki yang bernama “K”. Pada
firasat aku, dia ingin berjumpa dekat pak we nya. Tapi kenapa sekarang baru dia
menghubungiku. Di kala dia memerlukan pertolongan. Sedangkan sebelum ini tak
pernah sekali pun dia menghubungiku. Aku ada sedikit ragu-ragu. Tapi apabila
memikirkan seorang rakan inginkan pertolongan, aku mengikut sahaja dengan
perancangannya. Aku mengambil dia di rumahnya dan membawanya ke satu hotel.
Pada mulanya aku sedikit pelik, kenapa perlu berjumpa di hotel. Rupa-rupanya
pak wenya adalah seorang ahli perniagaan cepat kaya yang dikenali sebagai
GMJ4U. Jadi mereka ingin bertemu di sana atas urusan perniagaan bukanlah cinta.
Di sinilah bermulanya detik hitam buat aku. Berulang kali aku memikirkan
keadaan ini, betapa mudahnya aku terpedaya oleh seorang rakan, sebangsa
denganku, Melayu. Melayu makan melayu.
Aku mengikuti seminar yang diadakan di sebuah
Hotel terkemuka di Kuantan bersama “I”. Sepanjang mengikuti seminar itu aku
dapat rasakan aku berminat kerana kata speaker aku tidak perlu mencari orang
tetapi orang yang akan mencari aku. Bukan banyak perniagaan seperti ini.
Selepas seminar tersebut, “K” menerangkan dengan lebih lanjut tentang
perniagaan ini dan dia mengulangi sekali lagi yang perniagaan ini tidak perlu
mencari orang. Aku tanya dia berkali-kali benarkah tidak perlu mencari orang
kerana kataku aku tidak pandai bercakap atau berhadapan atau mempromosikan
sesuatu dihadapan orang yang tidak kukenali. Kata “K”, betul yang perniagaan
ini tidak perlu mencari orang atau menjual barang. Aku pastikan juga perkara
ini dengan rakanku “I” dan dia mengiakan kata-kata “K” dan dia juga ada
memaklumkan aku yang dia telah berjaya mengaut keuntungan dari perniagaan ini.
Melihatkan kepada keluargaku yang tidak berapa senang, aku ingin sekali
mengubah kehidupan ini dan pada pemikiranku jika dengan perniagaan ini aku
dapat mengubah nasib dan kehidupan keluargaku. Ya, aku sanggup. Tetapi oleh
kerana aku tidak mempunyai modal, “K” menyarankan aku untuk membuat pinjaman
dengan AEON CREDIT atau EASY RHB. Tetapi disebabkan oleh aku baru sahaja
bekerja di syarikat baru ini, pinjamanku dengan AEON CREDIT tidak diluluskan. Nak
dijadikan cerita “K” menggesa “I”, dan “I” mengajak aku menemaninya . Dengan keizinan
Allah, segala urusan di EASY RHB saya mudah buat aku dan “I”. Jika tidak silap
pada perkiraan aku, segala urusan berjalan dengan lancer dan tidak sampai
berapa jam kami telah dapat duit pinjaman. Setelah itu, “K” meminta kami berdua
segera memasukkan duit tersebut kedapat akaun beliau. Malah, betapa baiknya
hati aku, aku telah meminjamkan kepada “I” beberapa ribu dan sampai kini beliau
belum mebayarnya langsung. Semua ini berlaku di sekitar bulan 8 tahun 2015.
To
be continued.......