Thursday 21 December 2017

Diet with Epal Juice...


Salam Jumaat sumer.. arini kita nak kongsikan kebaikan""Fresh Jus Epal"...
Percaya atau tidak.. Jus epal memang menjadi pilihan orang-orang yang ingin turunkan berat badan atau maintainkan berat badan. Kenapa? Sebab Epal Hijau Mengandungi:

  • Karbohidrat 
Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan. 

  • Makanan tinggi serat 
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic. 

  • Kaya dengan sumber mineral dan vitamin 
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.



Yang paling bagus, kalau korang blend epal dengan kulit, tak perlu la ditapis sebab epal mengandungi fiber yang dapat membuatkan rasa kenyang lebih lama. 

Apa yang paling best tentang jus epal ni... air kencing lebih lawas dan minum saja fresh jus epal ni.. membuatkan aku segera nak ke tandas, perut ada rasa sedikit memulas2.. baguskan.. boleh maintain slim la aku lepas ni..hihihi..

Lagi bagus kalau korang ambik jus epal ni pada waktu pagi.. macam aku, aku ambik masa perut kosong.. boleh la dia bersihkan usus kitakan... ataupun korang ambik sebelum tidur.. 

Ok la, gud luck.. semoga kita sama2 dapat turunkan berat badan sama2.. See ya.. Muahhh..

Tuesday 19 December 2017

Pertama kali kena "Sakit Mata"


Seriously, nie adalah 1st time aku kena sakit mata. Tiba-tiba je sebelum nak tidur tu mata rasa lain macam, sedikit merah, berair n yang paling aku pelik ada taik mata. Sedangkan aku tidur pun belum n dapat dirasakan juga mata rasa tak selesa, macam silau, macam rasa mata tu penat.. At last, aku letak eye more moist sebelum tidur tu.

Apabila bangun pagi, wah tak ku sangka mata sangat berat, tak boleh bukak macam kena gam. Bila aku tengok kat cermin, mata dah mula bengkak, mata susah nak bukak separuh pun tak lepas. Lepas itu, mata penuh dengan taik mata, macam gam.Paling mengejutkan aku, mata aku sangat merah berbanding malam tadi.

Aku ambik keputusan wasap ketua aku n maklumkan dia, aku nak pergi klinik. Aku bab mata ni memang aku sedikit risau sebab mata aku sangat sensitif. Kalau masa pakai contact lense, klau la contact lense tu ada habuk walapun sedikit, memang aku akan rasa tak selesa punya la. Ataupun apabila pakai contact lense tapi terbalik. Wah, rasa sangat2 tak selesa.

Di klinik, doktor cakap, aku kena sakit mata yang disebabkan oleh virus. Doktor jugak ada maklumkan aku sakit mata ni mudah berjangkit. Dia nasihatkan aku supaya jaga kebersihan selepas sapu ubat titis atau oitment pada mata, jangan lupa basuh tangan. Dia suruh aku pentingkan kesihatan, n dia tak bagi aku pegang mata lepas pegang benda lain.

Oitment cream & eye drop

Tapi doktor hanya bagi aku mc 1 hari je. Mungkin sebab tak teruk kot. Doktor pun tak bagi aku ubat sakit ataupun antiobiotik. Apabila aku ceritakan tentang perkara pada ketua aku, dia cakap masa dia kena sakit mata. Doktor bagi dia Mc sampai 3 hari. Dalam fikiran aku, mesti teruk sakit mata dia tu berbanding dengan aku.

Hari ke-2 sakit mata, masih lagi rasa tak selesa tapi aku masih okay tuk pergi kerja, tidak terlalu menganggu pekerjaan aku. Tapi head aku ada tegur, katanya mata sebelah kanan ada sedikit merah. Semasa aku bangun pagi ni, mata dah tak nampak merah sangat, Sedikit lega, mungkin berkesan jugak ubat yang doktor bagi.

Tapi yang paling aku rasa tak best, bila letak ubat mata, tekak aku ada rasa sedikit pahit n payau. Bila aku wat research rupanya.. Menurut seorang doktor bernama Khairul, dengan secara padat dan ringkas, Beliau memaklumkan yang tekak akan rasa pahit atau payau sebab ubat masuk lacrimal punctum -> lacrimal sac -> nasolactimal duct -> hidung -> mulut.

Sunday 17 December 2017

My Target Hidup...





Apa itu matlamat hidup? KOrang ada matlamat hidup tak...??? Entah kenapa apabila aku tengok 1 interview wartawan bersama Neelofa. Ia membuatkan aku sedar, tak salah kita merasa tidak puas hati atau tak salah jika rasa kita tak sepatutnya berada di zon yang selesa. Tak salah jika kita sering mencabar diri.. Tak perlu membandingkan diri anda dengan orang lain. Cukuplah sekadar mempunyai target atau matlamat. Agar kita tidak terus hanyut oleh masa, tetapi kita bergerak seiring dengan masa.

Kat sini kema share video Neelofa agar kita semua especially kaum wanita terus - menerus mencabar diri sendiri dan terus - menerus berusaha untuk mengubah kehidupan sendiri dan kehidupan keluarga. Walaupun aku tau, aku dengan Neelofa bagai langit dan bumi.. huhuhuhu...😭😭

One more thing, apa kata kita sama2 senaraikan target kita untuk tahun 2018,k..

Jangan lupa tau, listkan target korang n jadikan satu demi satu sebagai kenyataan dan realiti bukan hanya sekadar mimpi mahupun fantasi.

Bye.. see u soon.. Muahhh... Aja aja Fighting... 

Friday 15 December 2017

THE LAW OF THE JUNGLE : MY FAVOURITE REALITY SHOW


If other people people ask me, what kind of variety show i like. The answer is THE LAW OF THE JUNGLE.. hihihihihi..

Maaf la, speaking sikit petang-petang ni. Memang aku peminat fanatik THE LAW OF THE JUNGLE. Serius aku cakap, aku memang tak miss la, sampai sekarang pun. The latest episode memang dalam genggaman aku la. The only reality show yang boleh buat aku ketawa sorang-sorang, menangis sorang-sorang. Bukan la apa, aku tau, jika kita tengok movie atau drama pun ada jugak yang mampu membuatkan kita tersenyum, menangis. Tapi dalam masa yang sama, ada jugak scene yang membuatkan kita bosan, atau watak yang buat kita benci.

Tapi realiti show THE LAW OF THE JUNGLE ni langsung tak buat aku bosan, aku akan fokus 300%... hihihihi.. Jangan marah yer... i'm serious, please believe me. Jika tak caya, 1 masa kita tengok THE LAW OF THE JUNGLE sama2,k...

Okay, mesti korang tertanya2 kenapa aku tiba2 story tentang THE LAW OF THE JUNGLE. Actually aku nak story tentang realiti show ni sebab. Beberapa bulan yang lalu, Kim Byung Man, which is ketua dalam program ni, which is orang paling berkebolehan. Berkebolehan yang aku maksudkan adalah dia memang boleh hidup dalam hutan, dia boleh hidupkan api tanpa menggunakan lighter, orang yang boleh terjun ke dalam laut, menangkap ikan menggunakan tangan, pandai membuat rumah menggunakan alam semulajadi, pokok-pokok dijadikan tiang, daun dijadikan atap. Hebatkan.

Kalau la aku tiba-tiba tersesat di dalam hutan, aku rasa aku boleh hidup n Insyallah tak mati.. hihihihi..Sampai gitu sekalikan aku percaya kat dia. Bukan apa, bagi aku dia memang seorang yang hebat. Dia memang sangat2 berkebolehan. Di dalam hidupan sebenar dia mempunyai lesen untuk diving, paragliding, skydiving n bermacam2 lagi yang mungkin aku sendiri pun tak tahu. Aku boleh katakan aku anggap dia sebagai Idola.

Mest korang kata, gila ke apa aku ni.. jadikan orang korea sebagai Idola. Actually apa yang membuatkan aku Respect dia, sebab dia berjaya membuat sesuatu yang luar dari kemampuan dia, berani mencuba benda baru, dia jugak sering berfikiran positif, n mementingkan orang lain sebelum dirinya. Itu yang membuatkan aku respek dia. Caya tak???hihihi

Tapi korang tahu tak, baru2 nia dia terlibat dalam 1 kemalangan semasa membuat latihan sky diving. Ceritanya macam ni, dia nak masuk 1 pertandingan sky diving yang melibatkan 4 orang dalam 1 pasukan. Ahli yang 3 orang lagi tu, mempunyai berat badan yang lebih dari Kim Byung Man. Oleh itu, dia terpaksa menambah bebanan ke dalam bag dia, bagi menstabilkan keadaan semasa membuat terjunan nanti. Tapi oleh kerana bebanan yang terpaksa dipikul beliau, semasa beliau ingin terjun ke tanah, dia tidak mampu mengimbangkan badan, dan dia tersasar. Hingga membuatkan dia tercedera.

Dia terpaksa menarik diri dari program The Law Of The Jungle selama beberapa bulan. Tapi beliau memang seorang yang sangat cekal. Di sini saya nak bagi 1 contoh,k.. Doktor kata beliau nak sembuh kena ambil masa contohnya 6 bulan, itu adalah jangkaan Doktor. Tapi melihatkan kepada kecekalan beliau, beliau mampu sembuh dalam 4 atau 5 bulan sahaja. Hebatkan. Beliau memang sangat cekal.

Apabila melihat keadaan dia terjatuh tu, aku sendiri pun mengalirkan air mata. Sakitnya. Ketika di hospital, Walapun dalam keadaan sakit, dia tetap berjalan ke sana ke mari, sambil itu dia jugak berlatih pelbagai ikatan. Apabila doktor benarkan dia pulang ke rumah dan sebelum dia menyertai The Law Of The Jungle semula, dia tidak habis2 berlatih itu ini, pergi ke gym untuk membina otot, menjaga makan.

Aku dapat lihat, apabila dia kembali semula ke dalam The Law Of The Jungle, dia nampak sedikit berisi, tapi berisi dengan penuh otot.Hebatkan. Cekal sungguh dia, tidak pernah putus dengan harapan dan tak pernah lupa akan betapa rindunya dia kepada hutan. Bunyi-bunyian binatang di dalam hutang, angin yang bertiup, Pokok2..

Aku faham sangat, apabila dia kata, dia rindu kepada hutan. Sebab aku juga merindui kemunculannya di dalam The Law Of The Jungle.  Bosan kerna hanya ada artis lain, tapi bukan Kim Byung Man.

Namun demikian, sangat beruntung kerna adanya Kangnam. Dia buat aku terlupa kepada Kim Byung Man sekejap. Maaf ya.. hihihi..

https://www.soompi.com/2017/07/20/kim-byung-man-sustains-spinal-injury-skydiving-sm-cc-sbs-release-statements/
https://www.soompi.com/2017/07/31/kim-byung-man-updates-fans-recovery-skydiving-accident/

Thursday 14 December 2017

How to add background music to your blog





at last, berjaya jugak nak add music kat blog aku. lama dah aku duk intai sana sini.. tak sangka mudah je nak add music ke blog kita.

yang paling penting jumpa reference yang bagus macam ni.. terima kasih.. sebab awak saya berjaya add music to my blog.

n paling best, macam2 lagu aku jumpa kat soundcloud, lagu korea lama-lama pun ada. nak wat gane, kome ni, peminat fanatik korea.. KPOP...

jadinya kalau boleh background blog pun nak lagu korea.. hihihihihi...

Sekian for now.. see u soon..

Note: thank a lot to Faisalalam Apu for this sharing.

Perniagaan “SKIM CEPAT KAYA” menghancurkan masa depanku... Bahagian 2 (eNDING)

Kini, tahun 2017 juga sudah hampir ke penghujungnnya, "I" tidak pernah membayar walanpun sesen wang yang dipinjamnya. Pada fikir aku pula, aku tiada niat untuk menghalalkan wang yang dipinjam olehnya. kerana pada pemikiranku telah banyak yang terpaksa aku lalui selepas meminjamkan duit itu kepadanya. aku tidak pernah menyangka niat hatiku yang baik, telah menghancurkan diriku sendiri.

Dalam pemikiran aku, aku sering berfikiran positif. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya n masih terdapat manusia yang baik atas muka bumi ini. Tapi tak ku sangka, tahun itu telah menyedarkan aku, walapun ada manusia yang baik atas bumi ini, orang berniat jahat jugak wujud. n orang yang berniat jahat, berlegar2 di keliling aku pada tahun itu.

Seperti jatuh ditimpa tangga, selepas aku ditipu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab itu, melalui Perniagaan Skim Cepat Kaya yang tidak mungkin mampu mengubah semua orang yang miskin mahupun sederhana menjadi kaya. Aku kini ditipu pula oleh rakan serumah. Nak dijadikan cerita setelah seorang kakak yang aku menyewa rumah bersama mendirikan rumah tangga n berpindah balik ke kampungnya. seorang demi seorang rakan serumahku berpindah dan berkahwin. Tapi ada jugak yang berpindah bukan kerana berkahwin.

Ketua rumah yang sebelumnya mengamanahkan aku sebagai ketua rumah. Aku diamanahkan untuk mengutip duit dari penyewa2 dan membayar bil air n api. n nak dijadikan cerita, salah seorang penyewa hanya menyewa tapi dia tidak pernah tinggal atau duduk dibilik tersebut. aku hanya pernah nampak dia datang 2 atau 3 kali sahaja. itupun sangat sekejap. n dia tidak pernah tidur di bilik itu. Manakala, rakan sebiliknya pula adalah budak2 yang masih muda, yang bekerja di shopping mall atau di mana tempat kerjanya aku sendiri pun tak pasti. Sebab budak itu diambil oleh Ketua rumah yang sebelum. bukan aku.

Entah macam mana, rupa-rupanya budak itu juga jarang balik dan tidur di bilik tersebut. n sering balik ketika lewat malam. oleh itu, aku jugak tidak pernah terserempak dengannya. aku tidur, dia baru balik, aku keluar untuk pergi kerja. dia pula, masih tidur. hanya kadang kala pabila aku balik rumah pada waktu tengahari, aku akan terserempak dengannya. itupun kadang2.. baru aku terserempak dengannya.

Seterusnya, dia juga rupanya orang yang bermasalah, ketika Ketua rumah yang lama, dia juga ada tidak membayar sewa rumah. hinggakan Ketua rumah sebelum ini terpaksa memotong deposit yang dipegang olehnya. n bila tiba masa aku menjaga rumah tersebut, Dia tidak membayar sewa n akhirnya aku terpaksa mengeluarkan barang-barangnya dan diletakkan di bawah tangga. walapun aku kerap mengugut untuk membuang barangnya, dia tetap tidak datang mengambil barangnya. bukan itu saja, aku juga terpaksa menukar kunci pintu untuk demi keselamatan n untuk memastikan dia membayar sewa bilik dahulu sebelum berpindah. Tapi sampai saat aku berpindah ke rumah lain dia tidak pernah membayar sewa bilik tersebut. n ketika dia ingin mengambil barangnya, dia hanya membayar aku RM50. Itupun sebab dia terpaksa, sebab jika tidak. aku tidak akan memebenarkannya mengambil barangnya dan memberikannya kunci rumah kepadanya.

Berakirlah kisah berkaitan budak yang menyewa tapi tidak mampu membayar sewa. Aku tidak pasti berapa kerugian yang terpaksa aku tanggung, tapi ketika itu, aku benar-benar berada dalam kesusahan n duit yang ada juga tidak mencukupi. Allah sahaja yang tahu dugaan aku ketika itu.

Seterusnya bilik yang ditinggalkan oleh budak itu, aku sewakan kepada orang lain n aku tidak menyangka. kali ini aku juga tertipu. bilik itu disewa oleh 3 sekawan, tapi 2 sekawan itu lagi rapat dari yang serorang. yang seorang itu, aku tahu tempat kerjanya, aku juga mengenali keluarganya n aku juga tahu dia mempunyai seorang pak we. n untuk makluman korang apabila aku berpindah ke rumah baru, budak yang seorang ini juga mengikut bersama aku. Bukan itu sahaja, jika adalah rakan sebilikku, dan juga merupaka sahabatku sehingga kini.

Ketika aku ditipu 2 sekawan ini, aku bukan hanya ditipu dari segi deposit tidak dibayar tetapi juga sewa tidak dibayar n makan n minum mereka juga aku yang bayar. ketika kami menyedari sikap mereka berdua, kami telah banyak menghabiskan duit untuk mereka. ye la, pada ketika itu aku berfikir baik, n aku tak pernah menyangka, melayu boleh menipu melayu. orang Islam yang ada agama, sanggup memeras hidup orang lain. Sedangkan pada ketika itu aku telah pun dibebani dengan hutang kerana terpedaya dengan Perniagaan "SKIM CEPAT KAYA" itu.

Untuk makluman korang aku juga telah mengeluarkan duit aku sendiri untuk membeli langsir dan batang paip untuk rumah tersebut. Sehinggakan aku terpaksa menggunakan duit deposit seorang budak yang kuceritakan sebelum ini, yang hanya menyewa tapi tak pernah duduk atau tidur di rumah itu. Tapi janganlah korang risau, sebab aku telah mengantikan duit budak itu, n aku tidak ada berhutang apa2 lagi dengan dia.

Apabila aku imbas kembali, berturut2 aku diuji, hingga ia membuatkan aku lalai n jauh dari ALLAH.  Sedangkan ujian datangnya dari Allah untuk mengetahui sejauh mana kemampuan hambaNya. Hingga ketika ini, aku masih merasakan yang aku masih jauh dariNya. aku masih mencari HidayahNya. Adakalanya, aku masih lagi huru-hara samada dari segi kewangan mahupun perhubungan.

Aku bermohon agar korang sudi mendoakan aku untuk menemukan HidayahNya dan jodohku. Jodoh yang kunanti2kan selama in. Jodoh yang dapat menerima baik buruk aku mahupun keluargku. n kelaurga lelaki itu juga dapat menerima aku n keluargaku serta menyayangi aku seperti anak mereka sendiri.

Wah..tingginya harapku. Namun tiada apa yang mustahil. Semoga ALLAH kabulkan doaku. mohon korang semuanya jugak mendoakan yang baik2 buat saya.

Thank you.

THE END...




Wednesday 13 December 2017

Pinjamkan Hatiku (2017) Review



Bila dengar je lagu ni... hati aku rasa dirobek2. Korang bayangkanlah orang yang korang cinta, tiba2 menghidap 1 penyakit. Penyakit itu pulak, memang tak ada peluang untuk sembuh. ye la, of course apabila korang cintakan seseorang itu, korang mesti dah impikan macam2 dengan dia. Nak mendirikan rumah tangga dengan dia, nak ada anak dengan dia, dan nak sehidup semati dengan dia.

Dah la pulak korang jugak ada penyakit, penyakit yang masih belum sembuh. Penyakit yang masih menanti seorang penderma. wah hebat sungguh filem ni. Macam cerita india pulak.

Dah tu bila korang ada orang yang korang cinta, mak ayah korang nak korang kahwin plak dengan orang lain. Wah.. Wah.. banyak betul konflik. macam cerita hindustan pun ada , macam cerita korea pun ada.
Tempat yang diorang berlakon pun tak kurang hebatnya. Maaf bukan nak kutuk, aku cakap benda yang benar. Apabila Malaysia dijadikan tempat sebuah filem mahupun drama. Bila ditonton Malaysia nampak buruk, tak seperti Filem atau Drama Orang Puteh, hindustan atau korea. Tempat yang diorang berlakon itu nampak sangat cantik. n aku selalu impikan nak pergi melawat tempat itu. tapi aku tak tau la mana silapnya, mungkin peralatan yang digunakan atau apa, yang membuatkan Malaysia tak cantik di kaca layar filem atau drama.

Thank you Rotikaya for this picture

Tapi di dalam Filem Pinjamkan Hatiku ini, wow.. DAEBAK... !!!! Tempatnya sangat cantik, sampai aku tertunggu hingga akhir filem ni, untuk sekadar mengetahui di mana lokasi filem ini. n amat aku tak sangka, filem ini dilakonkan di Tasik Chini, Sungai lembing dan banyak lagi. Dekat PAHANG beb.. Cayalah..

Kali ni teknologi yang digunakan memang benar2 dapat memaparkan kecantikan Negeri PAHANG.. which is MALAYSIA. Good luck to sumer yang menjayakan filem ni. Kagum betul aku.

Okay, sambung balik review tadi. Korang ada penyakit, orang yang korang cinta ada penyakit, mak ayah korang plak nak korang kawen dengan orang lain. Orang lain itu bukan sembarangan orang tau. Orang berada-ada macam korang jugak, ada pekerjaan yang stabil, family korang pun suka dia. N yang paling penting, dia banyak membantu korang di kala korang menghidap penyakit tu sampai korang berada dalam keaddan sihat n stabil macam sekarang ni.

Yang paling tak dapat korang nak tolak adalah, jasa mak ayah korang yang menjaga, mendidik n berada 24 hour dengan korang itu. Tak kan la korang nak menderhaka. jika derhaka, tak cium bau syurga beb. Memang la cintakan laki tu, tapi kena la jugak fikir orang2 yang dah banyak berkorban untuk korang.

Kita tak kan selamanya bahagia jika kita sering menyakiti hati orang lain. Percayalah.

Tapi kalau nak tau ending dia, korang kenalah pergi menonto dekat pawagam,k

Sokonglah industri perfileman kita, Malaysia. (1 MALAYSIA)

Lupa nak habaq ngan korang, masa aku g pawagam itu, keadaan dalam pawagam boleh tahan hiruk pikuk sebab diorang ketawa bila pelakon dalam filem buat lawak, mereka menangis bila pelakon sedih n menangis, tapi paling aku tak lupa, diaorang boleh ketawakan pelakon sebab, diorang menangis sampai hingus meleleh.

aku okay je, sebab itu membuktikan watak tersebut menghayati watak mereka dengan mendalam. tak kan nak pura2.. bila hingus keluar tahan n mintak tisu dekat director. Apa kes..

Apa2 pun GOOD LUCK kepada semua yang menjayakan filem ni. Especially Director dia, Osman Ali dan barisan pelakon hebatnya iaitu Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri, Naza Manas dan Azizah Mahzan.


ON DIET: HARD CORE

sarapan pagi adalah benda yang tak pernah aku tinggalkan, tak kisah la ketika aku nak turunkan berat badan atau semasa tak peduli berat badan naik atau turun.

Cuma yang aku pasti, bila aku tak peduli tentang BERAT BADAN. breakfast yang paling aku suka adalah nasi lemak, nasi minyak ayam merah, nasi goreng, roti canai. Kadang-kadang siap order TEH AIS 1... huhuhu.. sadis sungguh.... bila aku langsung tak pedulikan berat badan n langsung tak jaga kesihatan....

Tapi baru2 ni aku ada cuba baju kurung moden.. yang aku pakai ketika aku berjaya menurunkan berat badan aku hampir 8kg.. masa tu.. Wah.. rampingnya pinggang aku.. terpukau aku melihatnya..badan pun rasa ringan je..

Tapi kini.. baju tu aku dah tak muat pakai.. bukan saja tak muat.. nak masuk pun sendat macam sarung nangka.. nampak tak, betapa aku tak menjaga berat badan berapa tahun ni.. n berapa banyak berat badan aku telah BERTAMBAH.. rasa mau nangis ketika itu jugak..

Namun demikian, aku telah mendapat makluman yang sepupu aku yang lelaki tu, anak kepada Ayah Teh aku nak kawen bulan 1 ni.. tema dia.. warna maroon.. n for your INFO, baju yang aku tak muat nak pakai tu.. berwarna maroon..

Oleh itu, baru2 ni.. aku dah buat keputusan nak TURUNkan berat badan aku.. kembali ke zaman itu..

ehh.. lupa plak.. korang mesti tertanya2 kan.. macam mana baju tu... n macam mana kurusnya aku ketika.. jap ek.. aku share gambar tu..

sekitar tahun 2013/2014

Tapi maaf la sebab gambar ni tak berapa jelas, tengok masa ni betapa kurusnya aku.. baju ni langsung tak nampak sendat.. siap boleh nampak shape lagi... tapi bila aku pakai baju ni sekarang.. nak masuk pun tak lepas dah.. sendat jangan cakap la.. jika boleh masuk, mesti tak boleh keluar punya... 😭😭

Ini plak gambar aku yang terkini, agar korang boleh nampak gambaran macam mana bezanya aku ketika itu dan sekarang ni..

Zaman belajar.. sekitar tahun 2008 atau 2009
Gambar lepas habis belajar dan baru mula bekerja..
Sekitar tahun 2010/2011
Gambar Hari Raya Aidilfitri 2017
Sekarang korang tau kan kenapa baju yang aku nak pakai.. gambar atas sekali tu tak muat dah..

Bila falshback balik semua gambar2 ni... aku tak sangka betul, mudahnya berat aku bertambah n mudah jugak nak turun. yang penting aku kena bertekad TURUNKAN berat badan.. Makan.. of course la kena jaga, exercice pun tak boleh dilupakan..

P/S: aku akan berusaha sehabis mungkin n Diet secara HARD CORE. lupakan semua makanan yang tak sihat n menjadi Febret aku tu..

Note: my favaurite food - Ais krim, Chocolate, Nasi lemak, Nasi minyak, Teh Ais

Monday 11 December 2017

C.I.N.T.A

Apa itu cinta. aku tidak pernah kenal apa itu cinta. aku tak tau di mana sebabnya, tapi terus terang aku katakan aku tak pernah mampu mendalami atau mengerti erti C.I.N.T.A.

aku ingat lagi ketika aku di sekolah rendah. aku hanyalah pelajar sederhana. apa yang aku maksudkan sederhana adalah, aku bukanlah seorang yang dilahirkan sebagai seorang yang POPULAR, CANTIK, KAYA, mahupun PANDAI. aku dikategorikan sebagai seorang yang sederhana. Malah, buat makluman korang aku dulu seorang yang sangat pemalu, merendah diri dan pendiam. aku bukan orang yang peramah mahupun pandai berkata-kata. Tapi aku bersyukur sebab aku bukanlah insan yang tergolong dalam kalangan pelajar yang dibuli oleh kaki-kaki buli.

Lupa pula nak bagi tahu, nama aku amy syairena, aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Aku menetap bersama nenek aku sejak aku berusia 4 tahun jika tak silap aku. Ibuku terpaksa meninggalkan aku di rumah nenek kerana sikap ayah yang tidak dapat dijangka. Ayah pada waktu muda adalah seorang yang panas baran, mudah melenting dan maaf jika aku katakan jika salah dimana-mana, ibuku pasti mendapat habuannya. Tidak kurang juga aku. Untuk mengelakkan aku diapa-apakan ayah, nenek terus memberi cadangan agar aku ditinggalkan bersamanya.

Aku tahu, nenek begitu menyayangiku. itu juga yang aku rasakan terhadap nenek. Rasa kasih sayang yang tidak berbelah bagi. kerana dialah tempat aku berteduh dan menumpang kasih sayang. Tapi sebagai seorang anak yang masih kecil, of course, akan tetap merindui ibubapanya, adik-beradiknya. Malah, wujudnya perasaan dipinggirkan terselit didalam hatiku. Aku sering merindui mereka, aku juga sering menyimpan perasaan benci terhadap mereka kerana mereka meninggalkan aku di rumah nenek. Di kala orang lain dimanja oleh ibu bapa mereka, aku tidak berpeluang merasakan itu semua. Aku tidak tahu, apa rasa C.I.N.T.A.. cinta ibu bapa pada anaknya, mahupun C.I.N.T.A seorang anak kepada ibu bapanya. Malah, pernah terdetik dihatiku yang tidak mempunyai perasaan C.I.N.T.A, kasih mahupun sayang langsung terhadap kedua ibubapaku.

Sepanjang persekolahanku di sekolah rendah, aku teruskan dengan perasaan rendah diri, malu, dan pendiam. Dan adakalanya aku meminggirkan diriku daripada orang lain. Terus terang aku katakan, ketika itu aku langsung tidak mampu menunjukkan keperibadianku yang sebenar. Aku sembunyikan sikap dan tingkah lakuku yang sebenar. Malah, aku dapat merasakan aku seorang PENIPU dan hanya berlakon di hadapan semua orang. Aku tidak dapat mengenali siapa sebenarnya aku. Aku dapat merasakan konflik di dalam diriku, yang tidak dapat aku ungkaikan.

Namun demikian, aku amat bersyukur masih ada insan menyedari kehadiranku. aku juga adakala mampu cemerlang di dalam peperiksaan yang aku ambil. bila ku lihat gambar aku ketika kecil, aku dapat lihat keperibadianku yang pemalu dan tiada keyakinan diri terpancar di wajahku.

Aku teringat tentang satu peristiwa, di mana aku sanggup menipu rakan-rakan sekelasku yang aku ada kekasih hati dan aku sanggup melakarkan sebuah surat bagi membuktikan yang aku benar-benar ada kekasih hati. Ini semua aku lakukan demi untuk menarik minat dan perhatian mereka terhadap aku. Untuk makluman korang, nama pak we ku, ku ambil dari nama watak yang terdapat di dalam buku karangan, yang aku suka baca. malah, mereka benar-benar mempercayaiku. Subhanaallah, penipuanku dianggap sebagai realiti oleh mereka. Sungguh tidak dapat diterima akal, tidak mampukah mereka berfikir orang seperti aku, mempunyai kekasih hati. orang yang tidak mempunyai apa-apa.

                                                                                                                BERSAMBUNG........