Wednesday 8 June 2016

RAMADHAN 2016 – RUMAH SEWAKU




Rumah sewa yang kami duduki sebelum ini
Tahun ini adalah tahun pertama aku berpuasa seorang diri. Dari istilah atau kata lain, ini adalah tahun pertama aku berpuasa di rumah sewa. Selama ini, selepas sahaja aku habis melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia, dan mula bekerja dalam bidang akaun. Hampir 5 tahun aku menetap di rumah mak cikku yang dikenali sebagai Mak lang dan merupakan adik perempuan kepada ibuku. Setelah sekian lama aku menyimpan hasrat untuk duduk sendiri dan berdikari. Akhirnya pada awal bulan 8 tahun 2015, aku mula menginap di sebuah rumah yang terletak di Jalan Kubang buaya, Kuantan Pahang. Semua ini bermula setelah aku tidak tahan lagi untuk menetap bersama makcikku. Malah, usiaku yang meninjak ke 30-an juga membuatkan aku mengambil keputusan drastic ini. Walaupun sebenarnya aku tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung segala perbelanjaan makan dan minum serta bayaran sewa dan air api yang perlu aku sediakan kaban bulan. Namun, kutekadkan hati, aku perlu mengubah nasib diriku. Malah pada ketika itu, aku telah pun dilamar oleh sebuah syarikat yang terletak di Bandar Kuantan dengan gaji rm2K ke atas. Oleh itu, aku dengan tekadnya mengambil risiko tersebut, walaupun apa yang terjadi tetap akan aku tempuhi. Insyallah.

Kini sudah hampir setahun aku duduk sendiri (rumah bujang), cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah setahun. Sepanjang duduk di rumah sewa ini macam2 telah aku lalui, aku pernah ditipu oleh rakan serumah sendiri. Mereka tak bayar sewa dan terus lari kerana katanya telah dibuang kerja dan tak mampu untuk membayar sewa serta keluar begitu sahaja. Malah pada saat dan ketika ini penyewa itu masih belum mengantikan duit aku. Sebulan selepas aku ditipu lagi. Wah dugaan menjengah hidup aku tak henti2. Tapi hidup memang tak pernah habis dengan benda yang digelar DUGAAN mahupun RINTANGAN.  Tapi aku redha dan pasrah, aku tak putus2 berdoa agar pada 1 ketika mereka akan menggantikan kembali duit aku yang mereka pinjam. Insyallah.

Tak habis dengan cerita ditipu bertalu2 oleh penyewa rumah dan terpaksa menanggung beratus2 ringgit hutang. Kini aku dan penyewa yang berhemah ini diganggu pula oleh makhluk ghaib. Sumernya bermula apabila aku dengan Housemateku yang juga merupakan rakan bilik sebelah, membuka pintu bilik Master bedroom bagi memeriksa barang apa yang masih tertinggal didalam bilik itu, setelah penyewanya melarikan diri sebegitu sahaja.

Semenjak kejadian memasuki bilik Master bedroom itu, aku dan rakan mula bermimpi yang bukan2, dalam istilah kata lain “MIMPI HANTU”. Mimpi ini dimulai oleh rakanku pada malam kami memasuki bilik tersebut, berturut-turut sebanyak 2 kali kata dia jika tak silap. Selepas itu aku juga mimpi benda yang sama, lebih dari 3 kali. Kata rakanku itu, dia mimpi akan benda itu dan mimpi dia ada kaitan dengan tilam. Pada pemikiranku, pasti sahaja tilam dibawah tangga itu. Manakala, dalam mimpiku pula, walaupun aku tidak mampu mengingati sumernya, aku pasti yang didalam mimpi itu, benda itu ingin memaklumkan kewujudan mereka di dalam rumah sewa kami. Pada mulanya aku rasakan yang semua ini hanyalah mainan tidur. Tetapi kekerapan mimpi ini membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang sebenarnya ingin disampaikan, apakah motif mimpi tersebut. Kerna perasaan risau dan khuatir mimpi itu terus menganggu tidurku, aku bertanya sana-sini apakan maksud disebalik mimpiku ini. Akhirnya aku dimaklumkan oleh seorang sahabatku. Katanya mungkin ada gangguan di rumah sewa kami dan dia meminta aku mengamalkan mengambil wuduk dan membaca Ayat 4kul, Ayat Kursi dan doa tidur sebelum aku tidur. Katanya lagi, ia bertujuan untuk memamagarkan diriku dan melindungi diriku dari terus diganggu Makhluk halus. Alhamdulillah, pesanan beliau ku turuti dan selepas itu tidurku tidak lagi diganggu oleh mimpi yang bukan2.

Bersambung....

Tuesday 7 June 2016

MIMPI MAINAN TIDUR..



08 June 2016

Mimpi adalah mainan tidur.. tapi semalam Ramadhan yang ke-3 aku bermimpi akan dia... bermimpi yang dia juga menyimpan perasaan terhadapku.. bermimpi yang dia juga berusaha mendapatkan aku.. hinggakan sukar untuk aku bangun dari mimpi yang panjang.. dan mimpi hanyalah mainan tidur.. berkali2 kufikirkan dalam benakku, kenapa aku perlu bermimpi tentang dia.. sedangkan aku tidak menyebut namanya mahupun berfikir akan dia.. Tapi aku percaya kepada qada’dan qadar.. sepanjang beberapa tahun aku habis belajar dan mula bekerja tiada seorang mahupun seekor kumbang sudi singgah .. aku juga pelik.. teruk benarkah aku.. sehingga tiada seorang lelaki pun memandang atau terpikat kepadaku.. sedangkan seburuk2 hambaNya.. secacat2 hambaNya.. Dia telah pun menyediakan pasangan buat mereka.. inikan pula aku yang cukup sempurna.. cukup sifat.. seperti Ayat 36 surah Yassin yang mengatakan:

*      Firman Allah S.W.T.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: Ayat 36)

Ayat menjelaskan janji Allah dan janji Allah itu Maha Benar. Bahawa setiap makhluk dijadikan dengan pasangan masing-masing. Bila dan di mana seorang itu bakal bertemu dengan pasangannya hanya Allah yang mengetahui. Mungkin di dunia , mungkin di akhirat.

*      Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)." (Surah Ad-Dzariyyat : Ayat 49)

Ia menguatkan hatiku bahawasanya pabila tiba masa dan ketika, aku pasti akan diketemukan dengan jodohku. Tiada yang mustahil dengan keizinan-Nya. Setiap apa yang berlaku semuanya dengan izin-Nya. Insyallah. Dalam hatiku, sering sekali aku berdoa agar Allah memakbulkan doaku yang satu ini. Ya aku mengaku, ada yang mengajak aku untuk berkahwin, tapi aku menolak kerna pada ketika itu aku merasakan yang aku masih belum layak atau bersedia untuk menjadi seorang isteri. Malah, aku juga sering berkata, mampukah aku hidup bersama seorang lelaki untuk berpuluhan tahun. 

Tapi pabila usia menganjak hampir ke-30, hatiku berkata, aku rela, aku redha jika dia jodohku. Cinta hatiku pasti aku sanggup hidup bersamanya hingga ke jannah, Insyallah...
Berbalik kepada mimpiku pada malam tadi, aku bermimpi yang dia juga mempunyai hati terhadapku, dia berusaha mendapatkan aku, dan aku juga menyanyaginya. Malah, ada 2 orang kanak-kanak kecil bersama kami. Adakah mereka adalah cahaya mata kami bersama. Tapi aku dapat merasakan betapa bahaginya kami pada ketika itu. Betapa gembiranya aku dan nikmatnya hidupku. Senyuman lebar terukir dibibirku. Adakah mimpi ini akan menjadi reality. Ya Allah, bantulah aku, berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu YA ALLAH. Jika benar dia adalah jodohku, kau ketemukanlah kami berdua. Lambat atau cepat, aku pasti sabar menanti tapi jika dia bukan jodohku, kau ketemukanlah aku dengan jodohku yang sebenar2nya.

 Terima Kasih YA ALLAH atas segala nikmat dan rezeki yang kau berikan. Terima Kasih atas kasih sayang dan perlindungan yang tidak pernah putus. Aku masih okay dan kuat hingga ke saat ini, sumernya dengan izinMu. Walaupun ribut dan badai menjengah dalam hidupku.

Sekian.....

Monday 6 June 2016

DESCENDANTS OF THE SUN Review (PART TWO)


Berbalik kembali ke kisah “Descendants of the Sun”, kisah ini mengisahkan tentang seorang tentera yang begitu banyak rahsia. Tapi aku sendiri amat memahami keadaan beliau, kerana seperti beliau, askar-askar di Malaysia juga kebanyakan dan hampir semuanya tidak akan pernah sekali-kali meneceritakan kedudukan mereka yang sebenar atau aktiviti mereka sebenar. Ini bagi mengelakkan pembocoran maklumat. Seorang askar memang perlu dan mesti merahsiakan aktiviti, kedudukan ataupun orang yang terlibat dalam operasi tersebut. Ini bagi mengelakkan mereka dalam keadaan bahaya atau terdedah kepada pihak musuh. Jadi aku amat memahami situasi Yoo Shi-Jin. Tetapi pada masa yang sama, sebagai seorang wanita. Aku juga amat mengerti keadaan Kang Moo-Yeon sebagai seorang kekasih semestinya dia ingin mengetahui keadaan kekasihnya, dimana dia berada, apa yang dibuat olehnya dan lain-lain. Jadi ini membuatkan percintaan mereka semestinya banyak duri dan ranjaunya. Tapi disebabkan oleh tema drama ini adalah percintaan, persahabatan dan keluarga, ia membuatkan aku boleh mengagak apa yang bakal terjadi selepas itu. Ini membuatkan aku bosan. Tapi sebagai peminat fanatik Song Joong-Ki, aku teruskan juga menonton hingga ke akhir episode.

Tapi minggu berganti minggu,hari berganti hari aku kurang menanti kehadiran dan kemunculan episod baru drama ini. Aku lebih menantikan kehadiran “Goodbye Mr Black” yang sekali lagi dibintangi oleh Moon Chae-Won yang amat aku minati dengan gaya rambut terbaru. Dia telah memotong pendek rambutnya. Tapi bagi aku walau apa gaya rambut beliau, beliau kelihatan sangat cantik. Malah, beliau digandingkan pula dengan Lee Jin-Wook. Aku juga amat meminati lakonan Lee Jin-Wook dalam Spy MyeongWol. Jadi apabila beliau berdua digandingkan, aku amat-amat gembira. Malah jalan cerita ini juga sangat mencabar dan buat aku tertanya-tanya. Jadi aku kini menjadi seorang peminat setia “Goodbye Mr Black”. Tapi aku sedikit kecewa kerana sambutan yang diterima oleh drama ini amatlah berbeza apabila dibandingkan dengan “Descendants of the Sun”. Of cos la, semestinya sumer orang telah dipukau oleh Song Joong-Ki sebab itu masing-masing tertumpu kepada drama ini.

Malah, apabila dilihat pada sambutan di Korea sendiri, drama ini amatlah mendapat sambutan hangat. Selain itu, Song Joong-Ki juga telah menjadi jejaka impian seluruh dunia. Sebenarnya bukanlah Song Joong-Ki yang menjadi idaman tetapi big boss Yoo Shi-Ji. Bukan kata orang lain, aku juga teringin sekali ada seeorang teman lelaki seperti kaptern big boss Yoo Shi-Jin.


Itulah serba sedikit tentang drama “Descendants of the Sun”yang menjadi kegilaan gadis dan wanita seluruh dunia. Sekian terima kasih..

Friday 3 June 2016

DESCENDANTS OF THE SUN Review (PART ONE)






Selepas kegemilangan “My Love from the Stars” pada Dec 2013 - Feb 2014. Sekarang tiba pula masa kegemilangan “Descendants of the Sun” pada tahun 2016 ini. Sebagai seorang peminat fanatik Song Joong-Ki, peluang untuk melihat dia sekali lagi beraksi di tayangan layar Drama memang amat aku nantikan. Ini pula selepas pemergian beliau untuk menyertai latihan ketenteraan selama 2 tahun yang wajib dijalani oleh semua lelaki muda korea yang berumur 18 tahun hingga ke 35 tahun. https://en.wikipedia.org/wiki/Conscription_in_South_Korea

Ini membuatkan aku amat rindu padanya. Lakonan beliau yang sebelum ini di dalam Drama “Innocent Man” memang membuatkan aku jatuh cinta pada beliau. Malah, sikap beliau yang merendah diri, baik dan juga mempunyai rupa paras yang kacak amat membuatkan aku jatuh cinta pada beliau. Malah, gandingan beliau pada masa itu bersama Moon Chae-Won. Wah, aku bukan sahaja jatuh cinta pada beliau, aku juga jatuh cinta pada Moon Chae-Won. Dia sangat cantik dan ayu. Aku lihat dia dan Song Joong-Ki sangat sepadan. Ini membuatkan hati aku kurang berkenan atau berminat apabila dia digandingkan dengan Song Hye-Kyo. Memang dari dulu lagi apabila aku melihat dia berlakon di drama dan Filem Full House, Hotelier, MyGirl and I,That Winter, The Wind Blows dan banyak lagi, aku kurang meminati beliau. Aku tahu yang beliau sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai lelaki di Korea mahupun di serata Negara lain. Tapi aku tetap tak menyukai beliau. Sebab apa, aku sendiri juga kurang pasti. Malah, aku lebih menyukai lakonan Son Ye Jin yang mempunyai rupa paras mirip seperti beliau. Maafkan saya Song Hye-Kyo, anda tidak termasuk dalam senarai saya.

Bersambung........

Wednesday 11 May 2016

Perniagaan “SKIM CEPAT KAYA” menghancurkan masa depanku... Bahagian 1

Assalamulaikum.. Selamat Petang..

Di sini ingin ku kongsikan sebuah kisah... sebenarnya banyak kali aku fikirkan tentang perkara ini. Aku benar-benar tidak mahu membuka aib orang lain. Tapi pabila kufikirkan kembali, aku benar-benar tak nak apa yang terjadi pada aku, terjadi kepada orang lain. Cerita ini bermula daripada entahlah nak cakap sebagai helah atau apa. Aku pernah bekerja disebuah syarikat yang dikenali sebagai “H”, tak perlu aku maklumkan nama penuhnya. Di situ aku mengenali seseorang yang bernama “I...”. Dari andaian dan pandangan aku yang pertama adalah dia seorang yang benar-benar menjaga solatnya, lembut-lembut dan baik orangnya. Dia duduk bersama mak ciknya di sekitar Bandar Kuantan. Rumah mak cik dan tempat kerja kami iaitu Syarikat H ini amat dekat, tidak sampai sepuluh minit pun. Malah, oleh kerana syarikat kami yang mempunyai tempat utuk solat, aku sudah beberapa kali mengikutinya balik ke rumah mak cik dan menumpang solat. Tapi perkenalan kami tidak lama. Di atas sebab-sebab tertentu, aku berhenti bekerja dari sana dan bermula bekerja di syarikat lain yang menawarkan gaji yang lebih baik dan aku dapat kembali kepada bidang yang aku minati iaitu akaun.

Tetapi beberapa bulan selepas itu, “’I” meminta aku mengambilnya di rumahnya yang jauhnya hampir 30 minit dari rumahku dan dia meminta aku menemaninya untuk bertemu seorang lelaki yang bernama “K”. Pada firasat aku, dia ingin berjumpa dekat pak we nya. Tapi kenapa sekarang baru dia menghubungiku. Di kala dia memerlukan pertolongan. Sedangkan sebelum ini tak pernah sekali pun dia menghubungiku. Aku ada sedikit ragu-ragu. Tapi apabila memikirkan seorang rakan inginkan pertolongan, aku mengikut sahaja dengan perancangannya. Aku mengambil dia di rumahnya dan membawanya ke satu hotel. Pada mulanya aku sedikit pelik, kenapa perlu berjumpa di hotel. Rupa-rupanya pak wenya adalah seorang ahli perniagaan cepat kaya yang dikenali sebagai GMJ4U. Jadi mereka ingin bertemu di sana atas urusan perniagaan bukanlah cinta. Di sinilah bermulanya detik hitam buat aku. Berulang kali aku memikirkan keadaan ini, betapa mudahnya aku terpedaya oleh seorang rakan, sebangsa denganku, Melayu. Melayu makan melayu.

Aku mengikuti seminar yang diadakan di sebuah Hotel terkemuka di Kuantan bersama “I”. Sepanjang mengikuti seminar itu aku dapat rasakan aku berminat kerana kata speaker aku tidak perlu mencari orang tetapi orang yang akan mencari aku. Bukan banyak perniagaan seperti ini. Selepas seminar tersebut, “K” menerangkan dengan lebih lanjut tentang perniagaan ini dan dia mengulangi sekali lagi yang perniagaan ini tidak perlu mencari orang. Aku tanya dia berkali-kali benarkah tidak perlu mencari orang kerana kataku aku tidak pandai bercakap atau berhadapan atau mempromosikan sesuatu dihadapan orang yang tidak kukenali. Kata “K”, betul yang perniagaan ini tidak perlu mencari orang atau menjual barang. Aku pastikan juga perkara ini dengan rakanku “I” dan dia mengiakan kata-kata “K” dan dia juga ada memaklumkan aku yang dia telah berjaya mengaut keuntungan dari perniagaan ini. Melihatkan kepada keluargaku yang tidak berapa senang, aku ingin sekali mengubah kehidupan ini dan pada pemikiranku jika dengan perniagaan ini aku dapat mengubah nasib dan kehidupan keluargaku. Ya, aku sanggup. Tetapi oleh kerana aku tidak mempunyai modal, “K” menyarankan aku untuk membuat pinjaman dengan AEON CREDIT atau EASY RHB. Tetapi disebabkan oleh aku baru sahaja bekerja di syarikat baru ini, pinjamanku dengan AEON CREDIT tidak diluluskan. Nak dijadikan cerita “K” menggesa “I”, dan “I” mengajak aku menemaninya . Dengan keizinan Allah, segala urusan di EASY RHB saya mudah buat aku dan “I”. Jika tidak silap pada perkiraan aku, segala urusan berjalan dengan lancer dan tidak sampai berapa jam kami telah dapat duit pinjaman. Setelah itu, “K” meminta kami berdua segera memasukkan duit tersebut kedapat akaun beliau. Malah, betapa baiknya hati aku, aku telah meminjamkan kepada “I” beberapa ribu dan sampai kini beliau belum mebayarnya langsung. Semua ini berlaku di sekitar bulan 8 tahun 2015.


                                                                                                                                To be continued....... 

Tuesday 19 April 2016

Kegilaan terhadap Drama, Filem & Telenovela Luar Negara

Kegilaan saya terhadap Drama & Filem Luar Negara memang tak dapat disangkal lagi.. Terutamanya Korea, Jepun, Hong Kong, & Telenovela Mexico (Spanish)...

saya ingat lagi.. ianya berlaku pada zaman saya sekolah rendah .. sekitar tahun 1994 - tahun 1999.. sewaktu itu.. Arwah Wan yang amat saya cintai masih lagi ada.. hehheeh... betapa saya merindui arwah.. sebelum saya meneruskan ceritaku ini.. Jom sedekah Al-Fatihah buat nenekku yang tercinta..
Surah Al-fatihah Ayat 1- Ayat 6

tepat jer pukul 2, of cos saya & arwah dah tercongok depan tv.. ye la, drama febret kitaorang dah pun nak mula...Telenovela nie bertajuk Perla Negra (Black Pearl) yang dibintangi oleh  Silvia Navarro and Leonardo Garcia... memang best la citer nie... saya masa itu.. siap boleh belajar bahasa sepanyol lagi.. & banyak lagi citer Sepanyol yang saya tengok ... tapi yang masih diingati & berkesan di hati saya adalah citer nie.. dengan citer Rosalinda...hehehee.. Telenovela nie pun famous gak mase itu..☺☺

ti'amo - i love you
mi amor - sayang
por favor - tolong
Perla Negra - Black Pearl

Banyaklah lagi, tapi banyak dah lupa.. cumer ingat perkataan nie sbb watak utama Silvia & Leonardo sering cakap ayat nie..kihkihkih.. ☺tapi tak sangka juga aku masih ingat cerita nie sedangkan maser nie.. baru berumur 7 tahun...peace yooo..



Malah, ketika itu juga Siri TV: Drama Jepun seperti With Love (Yutaka Takenouchi & Norika Fujiwara),  Great Teacher Onizuka (GTO).. Ala yang dibintangi oleh Takeshi Sorimachi dan Nanako Matsushima...tersangatlah popular.. Long Vacation (Takuya Kimura & Tomoko Yamaguchi)..



Jika ditanya masihkah saya meminati Drama, Filem atau Telenovela tersebut... Of cos, ia benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.. Sekian...

Kulit Mengelupas setelah menggunakan NV Toner No 1


Assalamulaikum.. setelah sekian lama.. akhirnya saya diberikan kesempatan untuk mencoret disini..

Nak cerita nie.. saya baru je pakai guna Toner NV No 1 selama 2 hari, kulit dah jadi mengelupas teruk gila... Bukanlah nak cakap apa, kulit saya nie bukanlah kulit yang jenis yang sangat bermasalah.. kulit cumer tak berapa nak putih mulus, jerawat kadang-kadang je naik.. sedikit berminyak.. dan kadang-kadang akan jadi kering...Tapi bak kata seorang kawan saya, dia cakap kulit akan awet muda jika kulit berminyak.. Betul jugak tue,  memang tak dinafikan...hehehheee...

Kulit saya sekarang mengelupas macam ini la..huhuhuhu

kulitku mengelupas seperti ini
Tapi saya sedikit frust, melalui cadangan seorang rakan saya mencuba NV Toner No 1.. SERIOUSLY... kulit saya mengelupas.. segan pulak nak berkongsi di sini.. huhuhu.. kepada yang ingin sangat nak miliki kulit putih ala Penyanyi atau Pelakon Korea tue.. siasat dahulu sebelum menggunakan sesuatu produk.. Kini saya telah membazirkan RM60 aku.. nilai memang Nampak kecil.. tapi di kala era GST nie... RM60 begitu berharga buat saya yang merantau seorang diri di ibu kota Kuantan nie.. ceh.. macam besar sangat Bandar Kuantan nie.. yer memang tak dapat dinafikan orang Kuantan kaya-raya.. tapi bukan aku... dah mentality mereka masih lagi ke belakang.. belum mencecah mentality Tahun 2016..
NV Toner No 1
Okay..kembali semula kepada masalah kulit saya yang dah mula mengelupas teruk,
nak pakai make up or bedak sekalipun saya dah mula segan..jadi kubiarkan je mukaku seperti itu.. hanya sekadar memakai nature republic yang berasaskan lidah buaya dan sedekit cc cream Simply Siti untuk melindungi kulit daripada Sinaran UV.. cahaya matahari...

Setelah kulit jadi begini, saya mulalah mensearch.. apa keburukan NV TONER NO 1 nie.. dan saya menjumpai artikel ini..
http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=479733.
Syukur Alhamdulillah, Nasib baik saya segera mengesan keburukan produk ini, jika saya tetap teruskan penggunaan produk ini, apalah yang bakal terjadi pada kulitku yang normal ini... huhuhuhuhu.. i’m so LUCKY.. biarlah kulit tak bapa nak cerah.. as long as tidak mengelupas seperti ini lagi... semoga kulit saya cepat-cepat sembuh.. 

P/S: Kulit segeralah kau pulih.. I love u seadanya