Monday 6 June 2016

DESCENDANTS OF THE SUN Review (PART TWO)


Berbalik kembali ke kisah “Descendants of the Sun”, kisah ini mengisahkan tentang seorang tentera yang begitu banyak rahsia. Tapi aku sendiri amat memahami keadaan beliau, kerana seperti beliau, askar-askar di Malaysia juga kebanyakan dan hampir semuanya tidak akan pernah sekali-kali meneceritakan kedudukan mereka yang sebenar atau aktiviti mereka sebenar. Ini bagi mengelakkan pembocoran maklumat. Seorang askar memang perlu dan mesti merahsiakan aktiviti, kedudukan ataupun orang yang terlibat dalam operasi tersebut. Ini bagi mengelakkan mereka dalam keadaan bahaya atau terdedah kepada pihak musuh. Jadi aku amat memahami situasi Yoo Shi-Jin. Tetapi pada masa yang sama, sebagai seorang wanita. Aku juga amat mengerti keadaan Kang Moo-Yeon sebagai seorang kekasih semestinya dia ingin mengetahui keadaan kekasihnya, dimana dia berada, apa yang dibuat olehnya dan lain-lain. Jadi ini membuatkan percintaan mereka semestinya banyak duri dan ranjaunya. Tapi disebabkan oleh tema drama ini adalah percintaan, persahabatan dan keluarga, ia membuatkan aku boleh mengagak apa yang bakal terjadi selepas itu. Ini membuatkan aku bosan. Tapi sebagai peminat fanatik Song Joong-Ki, aku teruskan juga menonton hingga ke akhir episode.

Tapi minggu berganti minggu,hari berganti hari aku kurang menanti kehadiran dan kemunculan episod baru drama ini. Aku lebih menantikan kehadiran “Goodbye Mr Black” yang sekali lagi dibintangi oleh Moon Chae-Won yang amat aku minati dengan gaya rambut terbaru. Dia telah memotong pendek rambutnya. Tapi bagi aku walau apa gaya rambut beliau, beliau kelihatan sangat cantik. Malah, beliau digandingkan pula dengan Lee Jin-Wook. Aku juga amat meminati lakonan Lee Jin-Wook dalam Spy MyeongWol. Jadi apabila beliau berdua digandingkan, aku amat-amat gembira. Malah jalan cerita ini juga sangat mencabar dan buat aku tertanya-tanya. Jadi aku kini menjadi seorang peminat setia “Goodbye Mr Black”. Tapi aku sedikit kecewa kerana sambutan yang diterima oleh drama ini amatlah berbeza apabila dibandingkan dengan “Descendants of the Sun”. Of cos la, semestinya sumer orang telah dipukau oleh Song Joong-Ki sebab itu masing-masing tertumpu kepada drama ini.

Malah, apabila dilihat pada sambutan di Korea sendiri, drama ini amatlah mendapat sambutan hangat. Selain itu, Song Joong-Ki juga telah menjadi jejaka impian seluruh dunia. Sebenarnya bukanlah Song Joong-Ki yang menjadi idaman tetapi big boss Yoo Shi-Ji. Bukan kata orang lain, aku juga teringin sekali ada seeorang teman lelaki seperti kaptern big boss Yoo Shi-Jin.


Itulah serba sedikit tentang drama “Descendants of the Sun”yang menjadi kegilaan gadis dan wanita seluruh dunia. Sekian terima kasih..

No comments:

Post a Comment