Rumah sewa yang kami duduki sebelum ini |
Kini sudah
hampir setahun aku duduk sendiri (rumah bujang), cepat betul masa berlalu. Pejam
celik, pejam celik dah setahun. Sepanjang duduk di rumah sewa ini macam2 telah
aku lalui, aku pernah ditipu oleh rakan serumah sendiri. Mereka tak bayar sewa
dan terus lari kerana katanya telah dibuang kerja dan tak mampu untuk membayar
sewa serta keluar begitu sahaja. Malah pada saat dan ketika ini penyewa itu
masih belum mengantikan duit aku. Sebulan selepas aku ditipu lagi. Wah dugaan
menjengah hidup aku tak henti2. Tapi hidup memang tak pernah habis dengan benda
yang digelar DUGAAN mahupun RINTANGAN. Tapi
aku redha dan pasrah, aku tak putus2 berdoa agar pada 1 ketika mereka akan
menggantikan kembali duit aku yang mereka pinjam. Insyallah.
Tak habis dengan
cerita ditipu bertalu2 oleh penyewa rumah dan terpaksa menanggung beratus2
ringgit hutang. Kini aku dan penyewa yang berhemah ini diganggu pula oleh
makhluk ghaib. Sumernya bermula apabila aku dengan Housemateku yang juga
merupakan rakan bilik sebelah, membuka pintu bilik Master bedroom bagi
memeriksa barang apa yang masih tertinggal didalam bilik itu, setelah
penyewanya melarikan diri sebegitu sahaja.
Semenjak kejadian
memasuki bilik Master bedroom itu, aku dan rakan mula bermimpi yang bukan2,
dalam istilah kata lain “MIMPI HANTU”. Mimpi ini dimulai oleh rakanku pada
malam kami memasuki bilik tersebut, berturut-turut sebanyak 2 kali kata dia
jika tak silap. Selepas itu aku juga mimpi benda yang sama, lebih dari 3 kali. Kata
rakanku itu, dia mimpi akan benda itu dan mimpi dia ada kaitan dengan tilam. Pada
pemikiranku, pasti sahaja tilam dibawah tangga itu. Manakala, dalam mimpiku
pula, walaupun aku tidak mampu mengingati sumernya, aku pasti yang didalam
mimpi itu, benda itu ingin memaklumkan kewujudan mereka di dalam rumah sewa
kami. Pada mulanya aku rasakan yang semua ini hanyalah mainan tidur. Tetapi kekerapan
mimpi ini membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang sebenarnya ingin disampaikan,
apakah motif mimpi tersebut. Kerna perasaan risau dan khuatir mimpi itu terus menganggu
tidurku, aku bertanya sana-sini apakan maksud disebalik mimpiku ini. Akhirnya aku
dimaklumkan oleh seorang sahabatku. Katanya mungkin ada gangguan di rumah sewa
kami dan dia meminta aku mengamalkan mengambil wuduk dan membaca Ayat 4kul,
Ayat Kursi dan doa tidur sebelum aku tidur. Katanya lagi, ia bertujuan untuk
memamagarkan diriku dan melindungi diriku dari terus diganggu Makhluk halus. Alhamdulillah,
pesanan beliau ku turuti dan selepas itu tidurku tidak lagi diganggu oleh mimpi
yang bukan2.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment