Monday 1 October 2018

sharing my EXAM experience (02 Oktober 2018)

Penolong Pegawai Tadbir (N29-186)_Majlis Perbandaran Kuantan


Serba sedikit tentang info Ujian Bertulis ini. Mengikut surat yang dihantar ke rumah, aku dikehendaki untuk datang ke Dewan Utama Wisma Belia Kuantan pada jam 8 pagi. Namun demikian, mengikut jadual yang aku periksa ia mengatakan waktu adalah 8.30 pagi hingga 9.30pagi. Jadi mengikut ramalan aku, peperiksaan akan dimulakan tepat jam 8.30 pagi. Namun, calon dikehendaki datang pada jam 8.00 pagi.

Alhamdulillah, walaupun tidak boleh solat aku sedar awal kira-kira 6.30 pagi, tapi disebabkan oleh cuaca sekarang yang semakin sejuk, aku asyik menyambung tidur dan menarik selimut. Setelah bergelut beberapa kali, akhirnya aku gagahkan diri dan bangun apabila jam telah menunjukkan ke angka 6.50 pagi. Aku bangun mandi dan bersiap apa yang patut. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan aku keluar rumah ketika jam menunjukkan 7.20 pagi. Sebelum bergerak, aku panaskan enjin sebentar. Perjalanan dari rumahku yang terletak di Taman Air Putih, hanyalah lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Wisma belia, itupun tidak termasuk jika jalan jammed ataupun masalah lain yang tidak dapat dielakkan. 

Alhamdulillah aku sampai ke Wisma belia, kira-kira 7.48 pagi. Ketika aku sampai kawasan parking, sudah banyak dipenuhi kereta calon-calon yang mengambil ujian hari ini, ada yang memandu sendiri dan ada juga yang dihantar ibu bapa. Cuma ingin mengimbas kembali, aku tidak pernah sekali pun dihantar atau dijemput ibu bapa ketika pergi ke sesuatu peperiksaan atau interview. Jika ada pengalaman sekalipun, aku hanya pernah dihantar 1 kali oleh mak cikku ketika ujian fizikal untuk Pegawai Tadbir UMP, itupun ketika aku masih belum pandai memandu kereta dan ketika itu aku pun baru sahaja menghabiskan degreeku.

Okay, aku bernasib baik sampai awal, kerana ada juga calon yang tidak dapat tempat duduk. Nak bagi tahu ni, exam ni tak adalah straight sangat, calon ditempat 3 orang dalam 1 meja yang panjang, jarak antara 1 sama lain tak sampai pun sedepa, dan jarak 1 meja panjang yang ada 3 orang itu juga tidak sampai sedepa. So, korang boleh bayangkan, betapa tak straightnya exam ni. Tapi urusetia ada mengatakan jangan meniru, jangan menjeling orang sebelah. Tak payah susah-susah meniru, jawab sahajalah labu.

Semua soalan berbentuk objektif yang mengandungi 50 soalan, yang berkisar tentang Pengetahuan am tentang negara Malaysia, tentang tanggungjawab penolong pegawai tadbir, tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tentang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), tentang pegawai awam. Malah, ada beberapa soalan matematik. Tapi senang cerita semua soalan sangat tricky.

Misalnya: Dia tanya maksud rasuah?
APenerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
BPenerimaan suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
C: Pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
D: sogokan ..... (belakang dia tak ingat dah, hihihihihi)

Nampak tak betapa trickynya soalan tersebut, salah sikit, terus salah. Tapi pada aku orang yang rajin membaca surat khabar, tahu isu semasa serta rajin tengok berita. Aku rasa dengan mudah sahaja dia boleh jawab semua soalan ni.

 Last but not least, masa yang diberi untuk menjawab semua soalan adalah selama 1 jam. Nampak tak dekat situ, mana sempat nak meniru mak cik - mak cik oi. Nak bulatkan solan je dah bazirkan masa berapa lama. Lebih baik, baca je soalan dan terus tembak dan bulatkan jawapan anda.

Lega dah sebab dah settle ambik ujian ni. Malam ni boleh la tidur dengan lena, kikikiki.. 😀😀

Sekian, Wassalam.....

Sunday 20 May 2018

Mencari pekerjaan bukanlah perkara mudah, di mana silapnya?


Dikala sukar mencari pekerjaan, aku sering berfikir, apa bidang yang layak n harus aku ceburi. Bergelar seorang lepasan ijazah bukanlah tiket untuk memudahkan kita mencari pekerjaan. Lagi tinggi pelajaran anda, lagi sukar untuk mencari pekerjaan. Terutamanya, pelajar lepasan ijazah. Pelajar lepasan ijazah tumbuh seperti cendawan hidup selepas hujan, tapi bukan nak cakap, cendawan yang boleh dimakan & sedap dimakan pun sukar untuk dicari hari ini. Sama juga dengan lepasan ijazah sarjana muda seperti aku. Nak sambung belajar hingga ke PHD tapi kemampuan sekangkang kera.

Pada fikiran lepas makan, bayar rumah bayar kereta. itupun dah rezeki yang melimpah ruah. tak terkata kiranya.

Sukar mencari pekerjaan? Di mana perlu aku mencari pekerjaan? Kerja apa yang layak aku dapatkan? ooooohhhh.. Buntu aku memikirkannya, apa yang harus aku lakukan. aku seperti berada di hujung tanduk. kerja yang ada ditangan, tidak tahu berapa lama kekalnya. Dikala n detik ini, apa yang boleh aku buat adalah redha & tawakal.

Tidak mencari pekerjaan? Of cos la jawapannya no.. sudah beratus ke beribu permohonan yang aku hantar. Bermula aku habis belajar pada tahun 2011 hinggalah sekarang. Tidak hantar resume by handa. Puas aku berlegar2 di Bandar Kuantan, drop resume sana sini. Perasaan malu aku lempar jauh-jauh. Tapi rezeki belum menyebelahi aku. Apa yang boleh nak dikatakan. Redha & Tawakal sahaja la.

Semoga 1 hari, aku akan dapat pekerjaan tetap yang dapat menjamin masa hadapan aku dan keluargaku. Berkahwin? Masih belum ada dalam kamus hidup aku. Semuanya aku serahkan kepada ALLAH. Kerana semua ini di luar kawalan aku. huhuhuhu

Sunday 29 April 2018

Raining day..

30 April 2018

Hari hujan membuatkan aku rasa lebih tenang. Seperti mana sejukkan cuaca selepas hari hujan, begitu juga sejuknya hatiku dan tenangnya perasaanku di saat dan ketika ini. Menangis, aku sudah pun puas menangis. Meratap, aku juga sudah puas meratap. Usaha of course aku tidak pernah berhenti berusaha, walaupun ada saat dan ketika membuatkan aku tewas untuk suatu jangka masa. Namun demikian,aku bangkit semula berjuang, berjuang bukan hanya untuk diri sendiri, tapi demi keluarga tercinta.

Aku pasti akan bangkit dikala aku hampir tewas, dikala aku teringat akan keluargaku yang tercinta. Tapi aku juga tidak pernah lupa cintaku kepada Allah dan rasulku, Nabi Muhammad s.a.w. . Dikala aku teringatkan ALLAH dan rasulku. Aku sedar aku hanya khalifah di muka bumimu ini. Aku hanya mampu berusaha bersungguh-sungguh, dan akhirnya bertawakal kepada ALLAH. Kerna dia Tuhan pencipta segala alam, hanya Dia yang mampu merealisasikan segalanya. hanya dengan keiizinanNya sesuatu itu pasti berlaku.

Umpama seperti, walapun makanan sudah di dalam mulut, jika ia bukan rezeki kita. Semestinya ia akan terjeluak semula. Betul tak?

Apa-apa pun, Aku tahu ALLAH adalah perancang terbaik. Aku serahkan segala2nya kepada Dia. Dia tahu apa yang terbaik buatku. Dunia hanya sementara, jikalaupun banyak yang tidak dapat aku lakukan, banyak cita-citaku tidak mampu aku realisasikan. Tapi aku percaya, jika aku buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan. Aku pasti akan teramat dan tersangatlah bahagia dia akhirat kelak. Insyallah. Amin ya rabbal alamin.

<Dunia hanyalah sementara, Akhirat kekal selamanya>


Tuesday 17 April 2018

my confession my diary






17.04.2017 – Dikala aku merasakan aku tidak mampu melakukan yang terbaik untuk diriku mahupun untuk keluargaku. Aku sedar aku adalah tunggak buat keluargaku, aku harus berbuat sesuatu.. Tapi hingga kini tiada apa yang terbaik mampu aku lakukan. Aku mula merasakan kecewa akan diri sendiri, aku mula merasakan kekurangan diriku yang teramat sangat yang tidak mampu aku bendung. Aku kepenatan dan aku makin menyerah kalah. Perkataan putus asa berlegar dalam fikiranku. Disaat dan ketika ini apa yang akuidamkan adalah satu peluang. Satu peluang yang dapat mengubah segala-galanya. Satu peluang yang umpama bintang di langit, bertaburan di kaki langit dan nampak mudah dipegang. Namun itu semua adalah mimpi, jika jinak-jinak merpati boleh juga aku mengapainya tapi jika bintang di langit aku hanya mampu melihat dari jauh, hanya mampu mengira bilangannya yang tidak terbilang. Namun,  jauh dari pandangan mata dan adakalanya juga sukar dilihat.  Fikiranku masih berkira-kira akan apa yang perlu aku lakukan. Haruskah aku menyerahkan semuanya kepada takdir atau haruskah aku melakukan sesuatu. Tapi apa yang harus aku lakukan, di mana aku perlu bermula. Runsingnya hatiku. Ya ALLAH, bantulah aku. Tapi aku tahu aku perlu melakukan sesuatu, mengusahakan sesuatu. Tapi di saat dan ketika ini, apa yang aku inginkan adalah satu ketenangan. Aku ingin sekali bercuti walaupun hanya berdekatan dengan Bandar ini. Aku ingin mencari ketenangan. Melihat kepada kemampuan aku, aku terdiam. Melihat akan keadaan aku mampukah aku untuk perg bercuti. Tidak sama sekali, aku tidak mempunyai wang mahupun sahabat, boyfriend atau husband yang dapat menemani aku. Oh takdir, mampukah aku mengalahkan kau.

Wednesday 24 January 2018

Siapa tak nak Cantik cik oiii....?????


Soalan yang sering aku dengari, kenapa tak nak cantikkan diri, beli la produk itu ini untuk kecantikan dalam. Pergi la gunting rambut, potong layer, buat rebonding ke apa ke.. kita kerja penat2.. why not u tak nak reward yourself.

Aku terdiam dengan soalan itu. terdengar pulak ada yang mengatakan hitamnya awak ni, dalam ramai2 awak la yang paling tidak cantik.

Yer betul la tu, aku yang paling tak cantik. 

Aku dari kecil hingga ke besar, bukanlah insan yang pandai melawa, bukan jugak seorang yang suka akan kebendaan, contohnya berhabis ratusan atau ribuan ringgit untuk membeli handbag mahal, jam mahal, barang make up mahal, atau apa2 la yang mahal2...

Semua yang aku beli lebih kepada keperluan, selagi cermin mata yang aku guna, aku masih nampak, masih tak silau, masih tak rosak, tak patah. Cermin mata itulah yang akan aku guna untuk beberapa tahun.

Begitu juga dengan telefon, selagi telefon itu tak rosak, tak hilanng, masih boleh digunakan, telefon itulah yang aku gunakan, n mungkin umur tepon itu sendiri boleh menjangkau 10 tahun. Tidak mustahil kan.

Kerna yang penting buat aku adalah keperluan harian, keperluan hidup, keluargaku.. ibu bapa n adik-adikku. itu yang aku utamakan. 

Dari aku membazirkan duit untuk kepentingan diriku, lebih baik jika aku menghulurkan duit tersebut kepada keluargaku, untuk kegunaan harian mereka. Walapun tak mewah, aku sudah amat bersyukur jika mereka cukup makan, cukup pakai.

Bukan aku tak nak melawa atau mereward diriku, tapi aku ada tanggungjawab yang perlu aku lakukan. Aku bukan ingin mengungkit, tapi aku ingin orang lain memahami situasi aku. aku ada tanggungjawab yang harus aku jaga. Aku ikhlas, sebab mereka adalah tanggungjawab aku. Insyallah, aku tak akan pernah lupa, mereka adalah amanah Allah buatku.

Apa yang aku mintak bukanlah pertolongan wang ringgit, tapi cukuplah sekadar memahami situasiku. Dikala orang lain, sibuk bekerja dan membelanjakan untuk diri sendiri, aku perlu berjimat2 melangsaikan apa yang perlu, apa yang penting. Kemudiannya menjalankan tanggungjawab aku kepada keluargaku.

Aku sering terdengar2, banyak anak2 yang langsung tidak menghulurkan apa2 pun pada kedua ibu bapa mereka. Malah, mereka siap meminta lagi. Adapula yang memberi kemudian meminta lagi.

Pada aku pula, dari kecil aku bukanlah insan yang suka meminta, apa yang orang lain beri, memang aku tak kan menolak. Tapi selagi boleh, aku pasti tidak akan meminta.

Sekian.😢😢😢😢