Sunday 29 April 2018

Raining day..

30 April 2018

Hari hujan membuatkan aku rasa lebih tenang. Seperti mana sejukkan cuaca selepas hari hujan, begitu juga sejuknya hatiku dan tenangnya perasaanku di saat dan ketika ini. Menangis, aku sudah pun puas menangis. Meratap, aku juga sudah puas meratap. Usaha of course aku tidak pernah berhenti berusaha, walaupun ada saat dan ketika membuatkan aku tewas untuk suatu jangka masa. Namun demikian,aku bangkit semula berjuang, berjuang bukan hanya untuk diri sendiri, tapi demi keluarga tercinta.

Aku pasti akan bangkit dikala aku hampir tewas, dikala aku teringat akan keluargaku yang tercinta. Tapi aku juga tidak pernah lupa cintaku kepada Allah dan rasulku, Nabi Muhammad s.a.w. . Dikala aku teringatkan ALLAH dan rasulku. Aku sedar aku hanya khalifah di muka bumimu ini. Aku hanya mampu berusaha bersungguh-sungguh, dan akhirnya bertawakal kepada ALLAH. Kerna dia Tuhan pencipta segala alam, hanya Dia yang mampu merealisasikan segalanya. hanya dengan keiizinanNya sesuatu itu pasti berlaku.

Umpama seperti, walapun makanan sudah di dalam mulut, jika ia bukan rezeki kita. Semestinya ia akan terjeluak semula. Betul tak?

Apa-apa pun, Aku tahu ALLAH adalah perancang terbaik. Aku serahkan segala2nya kepada Dia. Dia tahu apa yang terbaik buatku. Dunia hanya sementara, jikalaupun banyak yang tidak dapat aku lakukan, banyak cita-citaku tidak mampu aku realisasikan. Tapi aku percaya, jika aku buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan. Aku pasti akan teramat dan tersangatlah bahagia dia akhirat kelak. Insyallah. Amin ya rabbal alamin.

<Dunia hanyalah sementara, Akhirat kekal selamanya>


Tuesday 17 April 2018

my confession my diary






17.04.2017 – Dikala aku merasakan aku tidak mampu melakukan yang terbaik untuk diriku mahupun untuk keluargaku. Aku sedar aku adalah tunggak buat keluargaku, aku harus berbuat sesuatu.. Tapi hingga kini tiada apa yang terbaik mampu aku lakukan. Aku mula merasakan kecewa akan diri sendiri, aku mula merasakan kekurangan diriku yang teramat sangat yang tidak mampu aku bendung. Aku kepenatan dan aku makin menyerah kalah. Perkataan putus asa berlegar dalam fikiranku. Disaat dan ketika ini apa yang akuidamkan adalah satu peluang. Satu peluang yang dapat mengubah segala-galanya. Satu peluang yang umpama bintang di langit, bertaburan di kaki langit dan nampak mudah dipegang. Namun itu semua adalah mimpi, jika jinak-jinak merpati boleh juga aku mengapainya tapi jika bintang di langit aku hanya mampu melihat dari jauh, hanya mampu mengira bilangannya yang tidak terbilang. Namun,  jauh dari pandangan mata dan adakalanya juga sukar dilihat.  Fikiranku masih berkira-kira akan apa yang perlu aku lakukan. Haruskah aku menyerahkan semuanya kepada takdir atau haruskah aku melakukan sesuatu. Tapi apa yang harus aku lakukan, di mana aku perlu bermula. Runsingnya hatiku. Ya ALLAH, bantulah aku. Tapi aku tahu aku perlu melakukan sesuatu, mengusahakan sesuatu. Tapi di saat dan ketika ini, apa yang aku inginkan adalah satu ketenangan. Aku ingin sekali bercuti walaupun hanya berdekatan dengan Bandar ini. Aku ingin mencari ketenangan. Melihat kepada kemampuan aku, aku terdiam. Melihat akan keadaan aku mampukah aku untuk perg bercuti. Tidak sama sekali, aku tidak mempunyai wang mahupun sahabat, boyfriend atau husband yang dapat menemani aku. Oh takdir, mampukah aku mengalahkan kau.