08 June 2016
Mimpi adalah
mainan tidur.. tapi semalam Ramadhan yang ke-3 aku bermimpi akan dia...
bermimpi yang dia juga menyimpan perasaan terhadapku.. bermimpi yang dia juga
berusaha mendapatkan aku.. hinggakan sukar untuk aku bangun dari mimpi yang
panjang.. dan mimpi hanyalah mainan tidur.. berkali2 kufikirkan dalam benakku,
kenapa aku perlu bermimpi tentang dia.. sedangkan aku tidak menyebut namanya
mahupun berfikir akan dia.. Tapi aku percaya kepada qada’dan qadar.. sepanjang
beberapa tahun aku habis belajar dan mula bekerja tiada seorang mahupun seekor
kumbang sudi singgah .. aku juga pelik.. teruk benarkah aku.. sehingga tiada
seorang lelaki pun memandang atau terpikat kepadaku.. sedangkan seburuk2
hambaNya.. secacat2 hambaNya.. Dia telah pun menyediakan pasangan buat mereka..
inikan pula aku yang cukup sempurna.. cukup sifat.. seperti Ayat 36 surah
Yassin yang mengatakan:
Firman Allah S.W.T.
“Maha
suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh
di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: Ayat 36)
Ayat menjelaskan
janji Allah dan janji Allah itu Maha Benar. Bahawa setiap makhluk dijadikan
dengan pasangan masing-masing. Bila dan di mana seorang itu bakal bertemu
dengan pasangannya hanya Allah yang mengetahui. Mungkin di dunia , mungkin di
akhirat.
Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud :
"Dan tiap-tiap jenis
Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan
mentauhidkan Kami)." (Surah Ad-Dzariyyat : Ayat 49)
Ia menguatkan
hatiku bahawasanya pabila tiba masa dan ketika, aku pasti akan diketemukan
dengan jodohku. Tiada yang mustahil dengan keizinan-Nya. Setiap apa yang
berlaku semuanya dengan izin-Nya. Insyallah. Dalam hatiku, sering sekali aku
berdoa agar Allah memakbulkan doaku yang satu ini. Ya aku mengaku, ada yang
mengajak aku untuk berkahwin, tapi aku menolak kerna pada ketika itu aku
merasakan yang aku masih belum layak atau bersedia untuk menjadi seorang
isteri. Malah, aku juga sering berkata, mampukah aku hidup bersama seorang
lelaki untuk berpuluhan tahun.
Tapi pabila usia menganjak hampir ke-30, hatiku berkata,
aku rela, aku redha jika dia jodohku. Cinta hatiku pasti aku sanggup hidup
bersamanya hingga ke jannah, Insyallah...
Berbalik kepada
mimpiku pada malam tadi, aku bermimpi yang dia juga mempunyai hati terhadapku,
dia berusaha mendapatkan aku, dan aku juga menyanyaginya. Malah, ada 2 orang
kanak-kanak kecil bersama kami. Adakah mereka adalah cahaya mata kami bersama. Tapi
aku dapat merasakan betapa bahaginya kami pada ketika itu. Betapa gembiranya
aku dan nikmatnya hidupku. Senyuman lebar terukir dibibirku. Adakah mimpi ini
akan menjadi reality. Ya Allah, bantulah aku, berikanlah aku petunjuk dan
hidayahmu YA ALLAH. Jika benar dia adalah jodohku, kau ketemukanlah kami
berdua. Lambat atau cepat, aku pasti sabar menanti tapi jika dia bukan jodohku,
kau ketemukanlah aku dengan jodohku yang sebenar2nya.
Terima Kasih YA ALLAH
atas segala nikmat dan rezeki yang kau berikan. Terima Kasih atas kasih sayang dan
perlindungan yang tidak pernah putus. Aku masih okay dan kuat hingga ke saat
ini, sumernya dengan izinMu. Walaupun ribut dan badai menjengah dalam hidupku.
Sekian.....
No comments:
Post a Comment