Monday 11 December 2017

C.I.N.T.A

Apa itu cinta. aku tidak pernah kenal apa itu cinta. aku tak tau di mana sebabnya, tapi terus terang aku katakan aku tak pernah mampu mendalami atau mengerti erti C.I.N.T.A.

aku ingat lagi ketika aku di sekolah rendah. aku hanyalah pelajar sederhana. apa yang aku maksudkan sederhana adalah, aku bukanlah seorang yang dilahirkan sebagai seorang yang POPULAR, CANTIK, KAYA, mahupun PANDAI. aku dikategorikan sebagai seorang yang sederhana. Malah, buat makluman korang aku dulu seorang yang sangat pemalu, merendah diri dan pendiam. aku bukan orang yang peramah mahupun pandai berkata-kata. Tapi aku bersyukur sebab aku bukanlah insan yang tergolong dalam kalangan pelajar yang dibuli oleh kaki-kaki buli.

Lupa pula nak bagi tahu, nama aku amy syairena, aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Aku menetap bersama nenek aku sejak aku berusia 4 tahun jika tak silap aku. Ibuku terpaksa meninggalkan aku di rumah nenek kerana sikap ayah yang tidak dapat dijangka. Ayah pada waktu muda adalah seorang yang panas baran, mudah melenting dan maaf jika aku katakan jika salah dimana-mana, ibuku pasti mendapat habuannya. Tidak kurang juga aku. Untuk mengelakkan aku diapa-apakan ayah, nenek terus memberi cadangan agar aku ditinggalkan bersamanya.

Aku tahu, nenek begitu menyayangiku. itu juga yang aku rasakan terhadap nenek. Rasa kasih sayang yang tidak berbelah bagi. kerana dialah tempat aku berteduh dan menumpang kasih sayang. Tapi sebagai seorang anak yang masih kecil, of course, akan tetap merindui ibubapanya, adik-beradiknya. Malah, wujudnya perasaan dipinggirkan terselit didalam hatiku. Aku sering merindui mereka, aku juga sering menyimpan perasaan benci terhadap mereka kerana mereka meninggalkan aku di rumah nenek. Di kala orang lain dimanja oleh ibu bapa mereka, aku tidak berpeluang merasakan itu semua. Aku tidak tahu, apa rasa C.I.N.T.A.. cinta ibu bapa pada anaknya, mahupun C.I.N.T.A seorang anak kepada ibu bapanya. Malah, pernah terdetik dihatiku yang tidak mempunyai perasaan C.I.N.T.A, kasih mahupun sayang langsung terhadap kedua ibubapaku.

Sepanjang persekolahanku di sekolah rendah, aku teruskan dengan perasaan rendah diri, malu, dan pendiam. Dan adakalanya aku meminggirkan diriku daripada orang lain. Terus terang aku katakan, ketika itu aku langsung tidak mampu menunjukkan keperibadianku yang sebenar. Aku sembunyikan sikap dan tingkah lakuku yang sebenar. Malah, aku dapat merasakan aku seorang PENIPU dan hanya berlakon di hadapan semua orang. Aku tidak dapat mengenali siapa sebenarnya aku. Aku dapat merasakan konflik di dalam diriku, yang tidak dapat aku ungkaikan.

Namun demikian, aku amat bersyukur masih ada insan menyedari kehadiranku. aku juga adakala mampu cemerlang di dalam peperiksaan yang aku ambil. bila ku lihat gambar aku ketika kecil, aku dapat lihat keperibadianku yang pemalu dan tiada keyakinan diri terpancar di wajahku.

Aku teringat tentang satu peristiwa, di mana aku sanggup menipu rakan-rakan sekelasku yang aku ada kekasih hati dan aku sanggup melakarkan sebuah surat bagi membuktikan yang aku benar-benar ada kekasih hati. Ini semua aku lakukan demi untuk menarik minat dan perhatian mereka terhadap aku. Untuk makluman korang, nama pak we ku, ku ambil dari nama watak yang terdapat di dalam buku karangan, yang aku suka baca. malah, mereka benar-benar mempercayaiku. Subhanaallah, penipuanku dianggap sebagai realiti oleh mereka. Sungguh tidak dapat diterima akal, tidak mampukah mereka berfikir orang seperti aku, mempunyai kekasih hati. orang yang tidak mempunyai apa-apa.

                                                                                                                BERSAMBUNG........

No comments:

Post a Comment