30 April 2018
Hari hujan membuatkan aku rasa lebih tenang. Seperti mana sejukkan cuaca selepas hari hujan, begitu juga sejuknya hatiku dan tenangnya perasaanku di saat dan ketika ini. Menangis, aku sudah pun puas menangis. Meratap, aku juga sudah puas meratap. Usaha of course aku tidak pernah berhenti berusaha, walaupun ada saat dan ketika membuatkan aku tewas untuk suatu jangka masa. Namun demikian,aku bangkit semula berjuang, berjuang bukan hanya untuk diri sendiri, tapi demi keluarga tercinta.
Aku pasti akan bangkit dikala aku hampir tewas, dikala aku teringat akan keluargaku yang tercinta. Tapi aku juga tidak pernah lupa cintaku kepada Allah dan rasulku, Nabi Muhammad s.a.w. . Dikala aku teringatkan ALLAH dan rasulku. Aku sedar aku hanya khalifah di muka bumimu ini. Aku hanya mampu berusaha bersungguh-sungguh, dan akhirnya bertawakal kepada ALLAH. Kerna dia Tuhan pencipta segala alam, hanya Dia yang mampu merealisasikan segalanya. hanya dengan keiizinanNya sesuatu itu pasti berlaku.
Umpama seperti, walapun makanan sudah di dalam mulut, jika ia bukan rezeki kita. Semestinya ia akan terjeluak semula. Betul tak?
Apa-apa pun, Aku tahu ALLAH adalah perancang terbaik. Aku serahkan segala2nya kepada Dia. Dia tahu apa yang terbaik buatku. Dunia hanya sementara, jikalaupun banyak yang tidak dapat aku lakukan, banyak cita-citaku tidak mampu aku realisasikan. Tapi aku percaya, jika aku buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan. Aku pasti akan teramat dan tersangatlah bahagia dia akhirat kelak. Insyallah. Amin ya rabbal alamin.
<Dunia hanyalah sementara, Akhirat kekal selamanya>
Sunday, 29 April 2018
Tuesday, 17 April 2018
my confession my diary
17.04.2017 – Dikala aku merasakan aku tidak mampu melakukan yang
terbaik untuk diriku mahupun untuk keluargaku. Aku sedar aku adalah tunggak buat keluargaku, aku harus berbuat sesuatu.. Tapi hingga kini tiada apa yang terbaik mampu
aku lakukan. Aku mula merasakan kecewa akan diri sendiri, aku mula merasakan
kekurangan diriku yang teramat sangat yang tidak mampu aku bendung. Aku
kepenatan dan aku makin menyerah kalah. Perkataan putus asa berlegar dalam
fikiranku. Disaat dan ketika ini apa yang akuidamkan adalah satu peluang. Satu peluang
yang dapat mengubah segala-galanya. Satu peluang yang umpama bintang di langit,
bertaburan di kaki langit dan nampak mudah dipegang. Namun itu semua adalah
mimpi, jika jinak-jinak merpati boleh juga aku mengapainya tapi jika bintang di
langit aku hanya mampu melihat dari jauh, hanya mampu mengira bilangannya yang
tidak terbilang. Namun, jauh dari
pandangan mata dan adakalanya juga sukar dilihat. Fikiranku masih berkira-kira akan apa yang
perlu aku lakukan. Haruskah aku menyerahkan semuanya kepada takdir atau
haruskah aku melakukan sesuatu. Tapi apa yang harus aku lakukan, di mana aku
perlu bermula. Runsingnya hatiku. Ya ALLAH, bantulah aku. Tapi aku tahu aku
perlu melakukan sesuatu, mengusahakan sesuatu. Tapi di saat dan ketika ini, apa
yang aku inginkan adalah satu ketenangan. Aku ingin sekali bercuti walaupun
hanya berdekatan dengan Bandar ini. Aku ingin mencari ketenangan. Melihat kepada
kemampuan aku, aku terdiam. Melihat akan keadaan aku mampukah aku untuk perg
bercuti. Tidak sama sekali, aku tidak mempunyai wang mahupun sahabat, boyfriend
atau husband yang dapat menemani aku. Oh takdir, mampukah aku mengalahkan kau.
Subscribe to:
Posts (Atom)